Nilai keagamaan Najaf

Najaf telah sekian lama terkenal sebagai lokasi dimana letaknya makam bagi Saidina Ali Abi Talib yang juga dikenali sebagai "Imām Alī" Imam pertama dalam Syiah, beliau juga merupakan sepupu serta menantu kepada junjungan mulia Nabi Muhammad SAW. Imam Ali juga merupakan Khalifah Ar-Rasyidin yang ke-4 mengikut kepercayaan umat Islam. Kota Najaf kini merupakan pusat keagungan bagi ramai penziarah dari segenap umat Syiah Islam dari seluruh dunia. Namun telah dipastikan bahawa hanya kota suci Makkah dan Madinah sahaja menerima jutaan penziarah Muslim yang ingin menunaikan ibadah Haji dan Umrah. Najaf dianggap sebagai tanah perkuburan Islam yang ke-2 terpenting khususnya dalam perspektif masyarakat Syiah Islam selepas makam agung Nabi Muhammad SAW di kota suci Madinah Al-Munawwarah,[1] Masjid Imam Ali pula dianggap oleh kebanyakan Syiah sebagai tapak ke-3 paling suci dalam Islam selepas Makkah dan Madinah.[1][2][3][4][5][6][7][8][9]

Masjid Imam Ali merupakan sebuah Masjid Makam dengan pintu gerbang Iwannya bersalut emas sehingga ke puncak kubah dan menara. Terdapat banyak barangan berharga pada dinding iwan Masjid Makam. Berdekatan Masjid terdapatnya tnaha perkuburan Islam Wadi-us-Salaam, yang dipercayai merupakan tanah perkuran Islam terbesar didunia.[10] Ia mengandungi makam bagi beberapa orang Rasul Islam serta dipercayai bahawa mereka yang beriman dengan Iman Islam akan dibangunkan bersama-sama Imām Alī tatkala selepas tipan sangkakala ke-2 pada Hari Kiamat. Selepas berlalunya beberapa abad, Najaf telah mempunyai banyak kemudahan infrastruktur termasuk hospital, sekolah, perpustkaan, dan mihrab ahli Sufi yang dibina menglilingi Makan Imam Ali dan sekaligus tidak hairan lah mengapa kota Najaf cukup terkenal dengan pusat pendidikan sains dan ilmu hayat, astronomi, matematik dan teologi serta falsafah Islam.

Dewan Seminar Najaf merupakan salah satu pusat pendidikan yang begitu penting dalam dunia Islam. Ayatollah Khomeini juga pernah memberikan syarahannya diantara tahun 1964-1978 Masihi.[11]Ramai para pemimpin gerakan politik dan pelopor pemerintahan dunia Islam yang terkenal di Iraq, Iran dan Lubnan pernah belajar di Najaf pada era-1970.[12]

Kini banyak kesan warisan Najaf telah dimusnahkan dengan teruk ketika era zaman pemerintahan Saddam Hussein, namun kerosakan yang lebih ketara serta kemusnahan besar-besaran telah dilakukan oleh tentera Amerika Syarikat ketika mereka mengawal kawasan ini.

Rujukan

WikiPedia: Najaf http://www.atimes.com/c-asia/DE24Ag04.html http://www.boston.com/news/daily/02/war_shrine.htm... http://www.cnn.com/2003/WORLD/meast/04/23/sprj.nil... http://books.google.com/books?id=Q_-hrXU-mWYC&pg=P... http://www.modarresinews.com/artc.php?id=75/ http://www.shianews.com/hi/articles/politics/00003... http://www.uga.edu/islam/iraq.html#misc http://books.google.fr/books?id=5oB4_tohQegC http://www.chnphoto.ir/gallery.php?gallery_uid=187... http://www.imamreza.net/eng/imamreza.php?id=3718